Posts

CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

Image
  E-FOLIO MPU23042 CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN 1.0   PENGENALAN Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya, dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Peru...